ARS Termite

This is a pesticide advertisement
Description

  • Berkesan terhadap 7 jenis serangga merayap (Anai-anai, Lipas, Semut, Pepijat, Sengkenit, Lipan dan Pinjal)
  • Perlindungan selama 6 bulan dengan sekali semburan (bergantung pada jenis permukaan)
  • Isi padu: 500 ml

Cara Penggunaan:

Tanggalkan nozel panjang daripada penutup. Pasangkan nozel dan masukkan nozel panjang ke dalam rekahan/celahan/tempat persembunyian/permukaan di mana anai-anai dan serangga merayap masuk dan keluar. Bahan aktif merebak ke dalam rekahan dan celahan yang menjadi laluan serangga, menghapuskan serangga yang bersentuhan dengannya. Sembur terus dari jarak 30 cm pada lipas yang tidak bergerak atau sedang bergerak perlahan. Jangan sembur dengan berlebihan.

ARS TERMITE akan memberikan kesan kawalan sisa baki terhadap lipas, anai-anai dan semut sehingga 6 bulan tertakluk pada jenis permukaan yang disembur. Membasuh/mengelap permukaan tersebut selepas menyembur akan menjejaskan kesan sisa baki.

Amaran dan Perhatian:

  • Elakkan daripada terkena kulit atau mata.
  • Elakkan menghidu semburan.
  • Jauhkan daripada haba atau api.
  • Elakkan menyembur pada manusia, makanan dan peralatan dapur.
  • Elakkan daripada terdedah pada suhu melebihi 50 ℃ (contohnya di dalam kereta, berhampiran dengan sumber haba atau di bawah
    cahaya matahari).

* Tiada penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

BACA LABEL SEBELUM GUNA

JIRP.E/0726/301