Program Ekonomi Lestari – Kota Damansara @ CBS Kota Damansara Bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin

🌺 Program Ekonomi Lestari – Kota Damansara @ CBS Kota Damansara Bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin 🌺

Earth Home dengan penuh hormat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peluang yang diberikan untuk menyertai Program Komuniti Lestari di Kota Damansara pada 23 November 2025.

Pihak kami berasa sangat berbesar hati kerana berpeluang menyampaikan hamper yang mengandungi produk Earth Home kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor semasa baginda berkenan melawat reruai pameran. Kehadiran baginda telah menambah keberkatan dan semangat kepada seluruh pihak yang terlibat.

Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah khususnya ditujukan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atas penganjuran program yang lancar dan memberi manfaat kepada komuniti. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada YB ADUN Kota Damansara atas sokongan dan peluang yang diberikan kepada pihak kami.

Earth Home berharap agar peluang ini menjadi asas kepada kerjasama yang lebih erat dan bermanfaat pada masa hadapan, demi kesejahteraan masyarakat Selangor.

#TengkuPermaisuriSelangor #earthhome #CBS #KotaDamansara #SelangorPrihatin #KomunitiSejahtera #MBPJ #adunkotadamansara