📅 Tarikh: 26 Oktober 2025
👥 Lebih 1,000 peserta hadir memeriahkan acara!
Earth Home berbesar hati kerana dapat turut serta dalam Program COMBI Fun Run for Better Living 2025 bertempat di Eco Grandeur, Puncak Alam, sebuah inisiatif di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempromosikan gaya hidup sihat dan komuniti bebas penyakit. 🌈💪
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
✨ YB Jamaliah Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar
✨ Tuan Hj. Mohammad Faisal bin Ismail, Setiausaha Politik kepada YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia
✨ Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, mewakili YBhg Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
✨ Tuan Safruddin bin Sahalan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Promosi Kesihatan, JKN Selangor
✨ Tuan Nurol Ashikin bin Nadzir, Pengerusi COMBI Negeri Selangor
Sebagai rakan sokongan kepada program ini, Earth Home komited menyokong usaha KKM dan JKNS dalam memperkukuh kesedaran kesihatan awam serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. 🌿
Terima kasih kepada semua peserta dan pihak penganjur atas usaha menjayakan program penuh semangat ini!
Mari teruskan langkah menuju kehidupan yang lebih sihat dan lestari bersama Earth Home. 🌍✨
#EarthHome #ARS #COMBIFunRun #BetterLiving #KesihatanAwam #COMBISelangor #JKNS #KementerianKesihatanMalaysia #ForBetterLiving #Funwalk #AgendaNasionalMalaysiaSihat #TiadaAedesTiadaDenggi










