ARS Multi Killer 12-HRS T
- Berkesan terhadap 10 jenis serangga terbang dan merayap (Nyamuk Aedes, Nyamuk Anopheles, Nyamuk Culex, Lipas Amerika, Lipas Jerman, Lalat, Bari-bari, Semut, Pepijat dan Sengkenit)
- Kesan kekal hingga 3 bulan selepas semburan
- Isi Padu: 525 ml
- Perlindungan 12 jam lebih lama berbanding dengan ARS Multi Insect Killer
Cara Penggunaan:
Kawalan lipas, semut, pepijat dan sengkenit.
Sembur terus dari jarak 30 cm pada serangga merayap yang tidak bergerak atau sedang bergerak perlahan. Jangan sembur dengan berlebihan. Semburkan juga pada jarak 30 cm ke atas permukaan di mana serangga tersebut sering berkeliaran serta ke dalam rekahan/lubang/tempat pembiakan/atau persembunyian mereka. ARS Multi Killer 12-hrs T akan memberikan kesan kawalan sisa baki hingga 3 bulan tertakluk pada jenis permukaan yang disembur. Membasuh/mengelap permukaan tersebut selepas menyembur akan menjejaskan kesan sisa baki.
Kawalan nyamuk.
Tutup semua pintu dan tingkap. Hidupkan lampu sebelum menyembur. Sembur ke arah atas di seluruh ruang selama 2 hingga 3 saat untuk bilik bersaiz sederhana (60 m³). Tinggalkan bilik selepas menyembur dan biarkan pintu serta tingkap tertutup sekurang-kurangnya selama 10 minit.
Kawalan lalat dan bari-bari.
Sembur ARS Multi Killer 12-hrs T terus pada serangga tersebut dari jarak 1 meter.
Amaran dan Perhatian:
- Elakkan daripada terkena kulit atau mata.
- Elakkan menyedut semburan.
- Jauhkan daripada haba atau api.
- Elakkan menyembur pada manusia, makanan dan peralatan dapur.
- Elakkan terdedah kepada kawasan bersuhu melebihi 50 °C (contohnya di dalam kereta, berhampiran dengan sumber haba atau di bawah cahaya matahari).
* Tiada penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
BACA LABEL SEBELUM GUNA
JIRP.E/0426/157






