Sentiasa selangkah di hadapan.

Earth Corporation telah setia berbakti kepada masyarakat selama lebih seabad. Kini, orang ramai semakin mengambil berat akan konsep-konsep seperti kebersihan alam sekitar serta kemapanan. Para pengguna bukan sahaja ingin menjalani hidup yang selesa, tetapi juga ingin memastikan bumi kita terjaga.

Di Earth Corporation, kami sentiasa peka dengan gaya hidup dan keperluan masa kini dan menawarkan produk yang mengutamankan keselesaan.

Kawalan Serangga

Sebagai pengeluar racunl serangga yang utama, kami menawarkan barisan produk yang memenuhi keperluan pelanggan termasuklah “Gokiburi Hoi-Hoi” dan “Earth No-mat.” Melalui proses kaji selidik, kami telah menghasilkan produk-produk yang menepati kehendak semasa, seperti penghalau serangga “"Saratect"" dan produk anti-lipas “"Nachurasu"" yang tidak menggunakan sebarang bahan racun serangga kimia.

Produk Mandian

Produk Mandian kami dicipta untuk memberi keselesaan dan ketenangan badan dan minda. Ini termasuklah produk laris “"Bath Roman"", buih mandi berkarbonat “"Onpo"", “"Yumeguri"" dengan sensasi bagaikan bersantai di kolam air panas Jepun, cecair mandian “Hoshitsu Nyuuyokueki Urumoa” yang khas buat kulit kering, serta garam mandi “"Onso"".

Produk Penjagaan Kesihatan Mulut

Kami menawarkan produk-produk penjagaan kesihatan mulut bagi setiap peringkat umur dan kegunaan. Ini termasuklah siri “"Mondahmin"" bagi melawan kaviti, gingivitis, dan nafas berbau dengan pelbagai produk bagi pelanggan untuk memilihnya berdasarkan keperluan dan keutamaan mereka. Kami juga menawarkan produk diarahkan secara khusus kepada semua peringkat umur seperti “"Mondahmin Kids"" untuk kanak-kanak, dan “"Dry Care"" bagi pelembap mulut.

Penghilang Bau dan Penyegar Udara

Produk kami datang dalam pelbagai jenis kegunaan dan aroma. Ia bukan sahaja menghilangkan bau busuk, malah mengisi rumah anda dengan aroma yang harum. Ini termasuklah siri “Sukki-ri!"" bagi beraroma dengan berpanjangan masa dan reka bentuk yang menggembirakan, serta “Sho-shu Aroma Palette” yang datang dalam berbau wangi dan warna-warna yang menarik.

Produk Pembersih

Setiap produk pembersih kami reka adalah untuk memastikan rumah anda sentiasa kemas dan rapi. Kami menawarkan barisan produk yang lengkap termasuklah “Rakuhapi Ofuro no Bou-kabi Zai” yang menghapuskan kulat hitam di bilik air, dan “Earth Air-con Cleaner Spray” yang memberi cucian lengkap kepada penghawa dingin anda hanya dengan semburan mudah.

Produk Penjagaan Kebersihan

Produk penjagaan kebersihan kami merangkumi siri “Aller-block” untuk membasmi bahan-bahan berbahaya termasuklah polen, virus dan hama, dan juga produk pembasmi kutu seperti “Earth Shiramitori Shampoo” dan “Earth Shirami Dani Taiji Spray”.

Produk Berkebun

Sudut berkebun kami menawarkan pelbagai produk berguna buat sesiapa yang gemar bekerja dengan tanah. Siri Earth Garden dihasilkan dengan teknologi canggih bagi memastikan ianya selamat dan mudah digunakan. Ini termasuklah racun serangga “Earth Garden All-Star Spray” untuk sayur, buah, bunga, dan persekitaran; serta racun herba “O-uchi no Kusa Korori” merupakan produk khas kami tawarkan.

Lain-lain

Produk makanan tambahan kecantikan yang kami tawarkan termasuklah penjagaan kencantikan jeli “Placenta C Jelly” dan minuman kecantikan “Placenta C” yang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut. Kami juga sedang memajukan pelbagai produk yang lain dengan usaha sama rakan-rakan niaga kami, memanfaatkan teknologi Earth Corporation yang telah kami bina selama ini.