
Semenjak diasaskan pada tahun 1892, The Earth Corporation telah sekian lama menumpukan usaha dalam membantu pelanggan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Sebab itulah kami dinobatkan sebagai jenama No.1 di Jepun bagi produk pengawal serangga dan barang-barang mandi.
Berpegang kepada Falsafah Korporat kami iaitu “Hidup harmoni bersama Bumi” pada skala global, kami telah bekerja keras dalam mengembangkan produk dan perkhidmatan kami ke luar Jepun.
Di rantau ASEAN, sebuah anak syarikat telah ditubuhkan di Thailand pada tahun 1980 untuk membangun dan memasarkan produk kawalan serangga di bawah jenama ARS, serta penyegar udara di bawah jenama Daily Fresh. Produk-produk ini juga dipasarkan di negara-negara jiran termasuklah Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar.
Earth Home Products (Malaysia) Sdn. Bhd ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2019 dengan matlamat untuk memahami serta memenuhi kehendak pelanggan tempatan.
Lambang Bumi yang tertera pada logo Earth Corporation melambangkan misi kami untuk bersaing di skala global, berserta slogan “Act For Life”. Bahagian biru melambangkan gaya hidup yang selamat dan selesa, manakala bahagian merah yang menonjol ke arah kanan melambangkan tindakan “Act” yang diambil oleh “Earth”. Tambahan lagi, “Act” juga membawa makna kata “Efektif”.
Dengan identiti korporat ini, kami bermatlamat untuk menjadi syarikat yang menyediakan produk yang dipercayai rakyat Malaysia dalam menjadikan hidup mereka lebih selamat dan selesa.
Okada SHOTARO
Pengarah Urusan
Earth Home Products (Malaysia) Sdn. Bhd.