Sesi Taklimat Produk Kawalan Perosak Bersama Unit Kawalan Pest, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pihak Earth Home ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Kawalan Pest, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesudian menerima kunjungan dan mendengar sesi taklimat produk kawalan perosak.
Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Awam (Dr Shariza Natasha Binti Hasiri), Ketua Unit Kawalan Vektor dan Pest (Dr Muhammad Firdaus Bin Zainal Abidin), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (En Omprekash A/L Karunakaran) serta beberapa pegawai dan staf daripada Unit Kawalan Pest bagi mendengar sesi taklimat ini.
Bagi pihak pengurusan Earth Home, kami berharap perjumpaan dan sesi taklimat ini akan memberikan manfaat terutamanya bagi membendung masalah perosak di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan berharap akan adanya kolaborasi pada masa hadapan di antara syarikat Earth Home dan juga pihak DBKL.